Personal Class – Radziah Ariffin 18 & 19 Jun 2020

20 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

19 Jun 2020 – Puan Radziah Ariffin seorang suri rumah dan juga usahawan homestay berumur 62 tahun telah hadir ke PI Linggi untuk belajar membuat permohonan di dalam Sistem Pengurusan Tanah Persekutuan dan Pembahagian Pusaka secara online di www.myetapp.gov.my.

Beliau hadir selama 2 hari untuk menyiapkan permohonan tersebut memandangkan banyak borang yang perlu di isi dan juga banyak dokumen yang perlu dimuatnaik.

Pada hari pertama iaitu 18 Jun 2020, beliau belajar selama 1 jam dari 3-4 petang bagi mengisi borang seksyen 8. Beliau hadir sekali lagi pada esok harinya dari jam 10-12 tengahari bagi mengisi borang seksyen 17 pula sambil dibimbing oleh Penolong Pengurus Puan Norhafidah Mokhtar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali